Sunday 31 March 2013

Agent Baru Sila Baca

Selamat Datang Ke Agent Topup 2U.

Terima Kasih Kerana Sudi Menjadi Agent Di bawah Syarikat A&A Mobile.

Saya akan memberi GuideLine kepada agen baru yang masih tidak berapa faham konsep agent topup merangkap penjual topup.

Langkah Setelah Anda Berdaftar Sebagai Agen,

1. Apabila anda didaftarkan, anda akan menerima satu akaun khas untuk anda menjual topup. Satu ID akan diberikan, CONTOH : A0111. Dan PIN permulaan 1234. PIN tersebut anda boleh tukar mengikut citarasa anda mengikut format 4 angka, cara menukar no PIN boleh rujuk di FORMAT SMS.

2. Anda boleh periksa akaun anda dengan menaip BAKI dan hantar ke SERVER (ada dibahagian bawah post ini). Anda akan terima mesej dari server mengenai maklumat akaun anda. Saya sarankan anda menambah modal dahulu sebelum memulakan sebarang transaksi atau topup. Cara tambah modal boleh lihat di TAMBAH MODAL.

3. Sekiranya anda sudah mempunyai modal, anda sudah boleh mula aktif menjual topup. Cara format SMS tambah nilai kepada pelangan boleh rujuk di FORMAT SMS.

4. Mungkin ada yang kurang faham bagaimana nak semak keuntungan. Sebenarnya keuntungan tidak boleh di semak macam menyemak baki. keuntungan dapat dilihat sekiranya anda sendiri mengiranya. CONTOH :: Anda tambah modal sebanyak RM100, maknanya dalam akaun anda ada RM100, kemudian anda menjual sekaligus Topup celcom 100 untuk pakej keuntungan 3%. RM100 x 3% = RM3, Jadi, Harga agen setelah ditolak keuntungan adalah RM97.00. Jadi server hanya akan tolak RM97 dari akaun anda, dan baki RM3 akan tetap dalam akaun sebagai modal anda. Kemudian anda tambah modal RM50 pula, Jadi, baki semasa anda sekarang akan jadi RM53 setelah ditambah keuntungan tadi. Dan begitulah untuk seterusnya.

5. Lain pula jika anda ada DOWNLINE, anda boleh semak baki komisen jualan downline anda dengan menaip BAKI dan hantar ke server. CONTOH mesej yg diterima:: Nama anda, ID anda. Baki RM0 58.244komisin RM0.4.154.taip Tukar.all  utk tebus komisin . Baki tersebut boleh di tukar menjadi modal anda.

6. Bagi Pakej/Level yang boleh daftar downline iaitu Level SR hingga MG, anda hanya boleh daftarkan level/pakej bawah anda sahaja, anda tidak boleh daftarkan satu level dengan anda atau level atas dari anda. Anda boleh daftar downline, semak baki downline atau upgrade downline mengikut format sms di bahagian FORMAT SMS.

7. PLEASE NOTE!! Bagi agen yang jarang Online atau yang jarang buka web ni untuk melihat FORMAT SMS. Sila salin atau take note format sms di mana-mana, contoh di handphone sebagai rujukan. Hanya note format yang penting contoh cara tambah nilai, cara semak baki dan cara tambah modal. Yang lain terserah pada anda. Dan sila guna no server yang sama dengan line no anda, contoh sekiranya anda Celcom anda hantar sms ke server celcom, kalau maxis ke maxis dan kalu Digi ke Digi. Server di sediakan 3 line bagi memudahkan/menjimatkan kos agen menghantar mesej. Andai kata anda guna no celcom, anda boleh topupkan no celcom, maxis, digi dan lain, tapi anda hantar format sms ke server celcom.

8. Lagi jimat sekiranya anda menggunakan YM. Sila daftar YM dahulu mengikut format sms di FORMAT SMS. Sekiranya pendaftaran YM anda GAGAL, Sila Call CARELINE untuk daftar secara manual, caj RM5 akan dikenakan untuk pendaftaran YM.

9. TAKE NOTE :: Code Topup Anda boleh lihat di FORMAT SMS. Bagi Celcom RM3, Syarikat caj RM3.30 kepada agent. Maka agent di sarankan menjual dengan harga lebih dari harga tersebut sebagai contoh RM3.50. *hanya celcom RM3 & RM4 sahaja disebabkan Celcom tidak mengeluarkan reload RM3 & RM4 sekarang maka syarikat ambil inisiatif untuk membuat transfer kredit kepada pelangan. Yang lain semua masih sama.

10. Anda juga boleh semak stok dan harga agent di WEB REPORT. Klik Bahagian HARGA. Caranya ada di bawah  

web ini.


Bagaimana? Anda ingin menjadi agen topup prepaid?
Dengan hanya mendaftarkan satu nombor, anda boleh menjual kesemua prepaid yang syarikat tawarkan, jom lihat kelebihan sebagai agen syarikat.

  • -Keuntungan yang tinggi.
  • -Boleh upgrade keahlian.
  • -Format sms yang mudah.
  • -Tiada syarat tersembunyi.
  • -Pendapatan secara real time.
  • -Khidmat bantuan dari Careline.
  • -Boleh topup pada bila-bila masa.
  • -Yuran pendaftaran paling rendah.
  • -Boleh mendaftarkan downline sendiri.
  • -Tidak perlu menyimpan stok kad topup.
  • -Pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  • -Mendapat komisen hasil jualan downline.
  • -Pelan pendapatan yang hebat dan senang.
  • -Sistem ala MLM atau Multi Level Marketing.
  • -Yuran pendaftaran downline ditentukan sendiri oleh anda.
  • -Boleh jual semua topup dengan hanya 1 nombor pendaftaran sahaja.

Siapa yang boleh sertai perniagaan ini?
  • Pelajar Sekolah
  • Pelajar IPT
  • Pekerja Kerajaan.
  • Pekerja Swasta.
  • Penganggur.
  • Suri Rumah.
  • Penjual kedai runcit/pasar.
  • Ibu/Bapa yang mempunyai anak menganggur, bagilah bisnes jual topup ini kepada anak anda.


Sebarang kemusykilan boleh SMS ke 0192734472 / 0126938581.
(Pertanyaan bagi masalah biasa)

Sekiranya anda ada masalah dengan SERVER atau produk. Boleh terus Call ke CARELINE, senarai no careline di bawah.



Jika anda nak lihat Harga Jualan Topup Semasa, Transaksi Jualan, Mesej yg Dihantar Pada Server atau sebagainya. Anda boleh Login di WEB REPORT.

(di bawah adalah cara login)


SILA BACA SEMUA KETERANGAN PENTING DI ATAS. HARAP DAPAT FAHAM SEMUA KETERANGAN. DI BAWAH ADALAH SOALAN LAZIM, JIKA ANDA NAK BACA BOLEH BACA.

SOALAN - SOALAN LAZIM >>>



Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?


Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
� Prepaid Handphone anda habis.
� Modal credit anda habis.
� Pin anda sedang diblock
� Pin anda salah.
� Kod produk salah.
� No. Tujuan tidak benar.
� Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
� Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
� Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.

Berapa lama Akaun ejen baru akan aktif setelah melakukan deposit?


Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server.

Apakah deposit modal credit agen akan hangus dalam waktu tertentu?


Deposit modal credit tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

Apakah ejen dapat mendaftarkan ejen baru?


Ya. ejen boleh mendaftarkan ejen baru. Yuran pendaftaran EJEN yang tentukan. Caj server RM10.00 akan dikenakan kepada anda sewaktu menjalankan transaksi ini. Sila rujuk Format SMS.

Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?


Ya, cuma perlu tukar format sms. Sila rujuk Format SMS.

Deposit modal kredit ejen berkurang, sedangkan transaksi belum masuk?


Sila hubungi CareLine Pengendali server untuk tindakan segera 014-830 7732

Berapa lama deposit modal credit akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in?


Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 minit - 3 jam dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.

Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain pertanyaan di atas?


Sila rujuk ruangan Pertanyaan.

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH EJEN



Pelanggan tidak menerima Topup


Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat

Topup lambat diterima oleh pelanggan


Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup

Perkara lain yang mungkin terjadi


SMS yang anda hantar tidak sampai ke server. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server

Topup pelanggan tidak masuk tetapi modal sudah dipotong


Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelaggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. Jika masalah masih berlaku boleh hubungi admin server dengan segera.

Sila Tambah Modal Awal Sebelum Stok Modal Kehabisan


Tambah Modal mengambil masa di antara 15 minit hingga 24 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.

KELEBIHAN SERVER


� Sistem yang canggih. Semua modul dapat bekerja secara serentak.
� Automatik mengalihkan transaksi ke modul yang lain dalam situasi tertentu, contohnya kehabisan stok atau salah pin.
� Sistem keanggotaan bertingkat, jumlah level tidak terbatas.
� Boleh menentukan harga khusus untuk anggota atau level tertentu.
� Selisih harga downline secara automatik menjadi komisyen yang diproses secara realtime.
� Jumlah terminal dan modul tidak terbatas.
� 1 terminal boleh dihubungkan ke beberapa modul, maksudnya 1 handphone/modem boleh digunakan untuk multi function secara bersama. Misalnya 1 hanphone digunakan sebagai SMS Center, SMS Sender, SMS Host To Host dan M-Kios sekaligus.
� Aplikasi mudah digunakan. Administrasi dipaparkan dalam bentuk table yang boleh di-Copy-Paste, dan sesuai dengan keinginan.
� Format arahan dan balasan boleh disesuaikan sesuai keperluan.
� Disediakan beberapa format transaksi.
� Tersedia format khusus untuk transaksi yang bebas kemasukan kredit double, digunakan jika ingin transaksi lebih dari 1 kali dalam 1 hari.
� Pengaturan waktu transaksi double dalam satu minit.
� Mendukung sistem deposit hutang
� Boleh mendaftarkan downline sendiri, termasuk mengaktif dan memblok downline.
� Boleh transfer kredit kepada downline, dengan id atau nomor hp downline.
� Boleh transaksi lebih dari 1 kali untuk produk dan nilai yang sama, hingga 255/hari.
� Transaksi double boleh dilakukan per hari atau dengan jangka waktu (dalam minit).
� Boleh menampilkan nama upline di setiap balasan.
� Memblok transfer deposit dengan nilai, tujuan dan tarikh yang sama.
� Laporan-laporan: untung-rugi, statistik penjualan produk, laporan piutang, statistik transaksi per reseller, laporan komisyen per reseller.





Bagaimana server berfungsi?


  • Pelanggan membeli topup dengan anda.
  • Anda menghantar pesanan kepada server.
  • Server akan memproses pesanan anda.
  • Server akan menghantar topup kepada pelanggan anda.
  • Server akan menghantar transaksi termasuk baki terkini anda kepada anda.
  • No comments:

    Post a Comment