Friday, 12 August 2011

~~ C I N T A M O N Y E T ~~



  • Mak saya selalu pesan, blaja rajin-rajin sampai pandai. Jangan nak berkapel macam orang lain. Saya dengar nasihat mak. Saya anak yang baik..

  •  

  • Tapi kehadiran awak telah merubah segalanya. Walaupun awak kelas paling curut, tapi kecantikan dan keayuan awak selalu jadi perhatian saya.

  •  

  • Kadang-kadang saya gunakan alasan nak ke tandas untuk lalu sebelah kelas awak. Saya tau, awak perasan yg saya selalu curi-curi pandang awak kan?

  •  

  • Saya dengar cerita daripada kawan kelas awak yg awak suka lelaki macho. Tak suka budak skema macam saya. Hampa hati saya dengar penyataan awak tu tau..

  •  

  • Saya ketepikan segala kesedihan. Saya cuba beranikan diri untuk bercakap dengan awak. Tapi awak kejam, awak tampar saya sebelum saya sempat cakap apa-apa..

  •  

  • Awak marah saya kuat-kuat. Awak suruh saya cermin diri dulu sebelum cuba nak ngorat awak. Awak kata awak alergik dgn budak skema cam saya.

  •  

  • Saya tersentak. Awak tau tak, 3 hari 8 malam saya terpaku lepas dengar awak cakap camtu. Saya tak sangka awak akan marah saya macam beruk betina hilang anak.

  •  

  • Masa tu baru saya sedar. Kalau kapel dengan awak pon mesti hari-hari saya kena maki camtu. Saya pon terus amik buku dan study utk exam esok. Lagi paedah.

  •  

  • agi esok tu saya nampak awak kat pintu pagar sekolah. Penjaga pagar exam kata awak tak boleh masuk sebab takde slip exam. Masa tu awak menangis teresak-esak sebab slip awak hilang.

  •  

  • Saya terus masuk dalam sekolah tanpa pedulikan awak. Sambil senyum sinis saya kata dalam hati:

  • "Semalam aku belum sempat bagitau slip exam kau jatuh, kau terus tampar aku. Sekarang, padan muka sama kau. Kehkeh"

  •  

  • 2 comments: